Pada 19 dan 20 November baru-baru ni kami berdua telah menghadiri sesi kursus perkahwinan. Alhamdulillah, tamat lah sudah satu benda wajib yang kami perlu buat untuk paperwork kahwin ni. Lagipun, banyak yang kami bedua pelajari semasa dalam kursus tu. Bila ustaz atau ustazah tu sentuh bab2 perbezaan perangai, expectation dan cara berfikir lelaki dan perempuan, Mus dan Fara banyak jeling sesama sendiri, sengih sengih macam kerang busuk sebab kami sedar yang kami berdua pun kadang kadang ada bergaduh atau salah faham pasal perbezaan tu. Good to learn something new i say. :) Harap-harap apa yang kami belajar semasa kursus ni sedikit sebanyak dapat membantu kami berdua bila dah hidup bersama. Antara topik2 yang disentuh adalah adab dan cara komunikasi, kesihatan dan cara menguruskan perbelanjaan. Oh ye..kami berdua memilih Astana Mukmin sebagai tempat kursus. Its kinda nice and cozy sebab taklah pack sangat. Surau disediakan untuk kemudahan bersolat, and we were also given lunch and tea during those two days. So yes, i would recommend this place if you guys are still looking for tempat kursus yang practical dan selesa.
So now, its on to HIV test and isi borang for the both of us. Wish us luck okay guys. Here are some pics of the two of us during those two fun days.
| Lunch before kursus on the first day |
| In the kursus hall on the second day (sempat lagi kan?) :p |